Soalan:
--- matt bond <counter_strike3@hotmail.com> wrote:
Asalammualaikum.....dan selamat berpuasa...Saya masih lagi tidak berpuas
hati dengan filter PL, setiap kali saya menggunakan filter PL saya dapati
tiada perbezaan walau pun saya telah melaraskannya....
1-Adakah encik mempunyai tips dalam penggunaan filter PL?..
2-Bagai manakah untuk mendapatkan warna langit yang betul2 biru.....
3-Adakah penggunaan APRETURE dan SPEED mempengaruhi FILTER PL
;
sekian terima kasih....
1. Pastikan
sudut ketika membuat rakaman gambar. Sudut juga boleh memberikan kesan
pada PL. Contoh jika merakam gambar pada air, jangan rakam pada sudut
tepat. Elok digunakan sudut 45 darjah. Aperture dan shutter speed tidak
mempengaruhi PL filter. Sebab peranan PL cuma untuk menghilangkan silauan.
2. Menimbulkan
warna biru pada langit adalah kerja yang agak payah jika di KL atau bandar-bandar
besar lain jika pada waktu langit tidak betul-betul biru.
Justeru, kerja yang paling mudah ialah dengan sabar mencari hari, masa
yang agak sesuai bila langit telah biru. Gunakan filter biru. Ketika mencetak,
minta
pihak makmal mencetak lebih kontras. Namun
kita tidak boleh terpengaruh dengan foto-foto iklan jika mereka memberikan
kesan biru yang berlebihan kerana teknik PhotoShop, PhotoEditor dalam
program komputer boleh melakukannya. cuma yang pasti, anda perlu mencari
waktu sesuai bila langit boleh biru? Terima kasih menghubungi saya